Wednesday, July 13, 2011

Ulasan Artikel Cyberita! :)

Hello :)


Saya berpendapat bahawa artikel ini begitu berinspirasi kepada saya. Rencana ini menceritakan tentang kehidupan pemilik Second Chance. Ceritanya memang menyentuh diri saya kerana dia menghadapi berbagai cabaran sedang dia kecil. Ia membuat saya lebih menghargai apa yang saya dapati dalam kehidupan saya. Satu contoh cabaran kehidupannya ialah percubaannya pertama untuk membuka perniagaan pada tahun 1974. Dia telah membuka perniagaan selama empat bulan sebelum dipaksa gulung tikar. Namun, dia tidak berputus asa dan cuba lagi dengan membuka syarikat Second Chance, yang kini sudah mencapai keuntungan bersih sebanyak $18 juta. 

Pemilik Second Chance mempunyai beberapa sikap yang saya ingin mencontohi. Pertamanya, dia seorang yang tidak berputus asa apabila cuba bermula perniagaannya. Dia tidak pernah menyelah kalah dan terus mencuba sehingga dia berjaya. Juga, saya rasa sikapnya yang menghargai keluarga sangat baik dan sepatutnya diteladani.

Pandangan saya terhadap seluruh artikel ini ialah pemilik Second Chance ialah seseorang yang telah bekerja keras untuk mendapatkan apa sahaja dalam kehidupannya. Dia mempunyai nilai-nilai yang begitu tegang dan tidak susah dipecahkan. Saya berharap saya juga akan mengikut contohnya yang baik itu.

Jumpa lagi satu hari nanti :))))

Artikel Cyberita 2! :)


14 Jul 2011

SINGAPURA

ANUGERAH JAUHARI
Peluang kedua tidak disesia berkat tidak kenal erti putus asa

Oleh
Nazri Hadi Saparin
DI dinding pejabatnya, tergantung peribahasa 'sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain' yang terukir dalam sebuah bingkai.
Ia mengingatkan beliau kepada perjalanan hidupnya, membina syarikat dari sebuah kedai kecil hinggalah ia mencapai keuntungan bersih $16 juta tahun lalu.
Kisah kejayaannya bermula pada 1974, langkah pertamanya menceburi dunia niaga. Namun, percubaan itu menemui kegagalan.
Hanya selepas empat bulan beroperasi, beliau terpaksa gulung tikar. Kedainya di Peninsula Plaza terpaksa dijual kepada seorang kenalan.
Walau kecewa, beliau enggan menyerah kalah, malah lebih bertekad mahu berjaya.
Perkataan 'berputus asa' jelas tidak wujud dalam kamus kehidupan Encik Mohamed Salleh Marican.
Kurang enam bulan selepas itu, beliau bangkit semula, mengorak langkah baru dalam dunia perniagaan.
'Saya beli semula kedai itu. Kedai sama, perniagaan sama, malah bahan-bahan pun sama.
'Namun, perbezaannya ialah kali itu saya bukanlah Salleh Marican yang sama,' katanya, matanya bersinar menampakkan keazaman yang jelas masih membara dalam jiwanya.
Kisah jaya Encik Mohamed Salleh, 61 tahun, sudah diketahui ramai.
Beliau menamakan syarikatnya Second Chance, mencerminkan peluang keduanya dalam perniagaan walau hakikatnya Encik Mohamed Salleh menemui kegagalan lebih daripada sekali.
Kini, Second Chance Properties adalah satu-satunya syarikat Melayu/Islam yang tersenarai dalam papan utama bursa Singapura - status yang dicapainya pada 2004.
Syarikat itu mengendalikan perniagaan pakaian wanita First Lady di Singapura dan Malaysia, dan barang kemas Golden Chance selain mempunyai portfolio 75 buah hartanah bernilai lebih $180 juta. 

DI MANA SEGALANYA BERMULA

Encik Mohamed Salleh dibesarkan di sebuah rumah kedai di Joo Chiat Road dan sejak kecil sifat keusahawanan beliau sudah menyerlah.
Semasa di sekolah rendah, beliau mendapat ilham berniaga setelah melihat teman-temannya membeli gula-gula hampir tiap hari.
'Jadi saya beli gula-gula secara borong, harganya lebih murah dan kemudian jual kepada kawan-kawan,' katanya bangga.
Kecenderungan itu mungkin dipengaruhi oleh bapanya, Allahyarham Marican Kadir, yang mengendalikan sebuah kedai di Chulia Street.
Bapa beliau, yang meninggal dunia ketika Encik Mohamed Salleh berusia 15 tahun, berasal dari Neravy di Karaikal, India, sementara ibunya, Cik Salmah Mar'ie, merupakan orang Melayu Singapura.
Namun, Encik Mohamed Salleh sendiri menyifatkan naluri tersebut sebagai kurniaan Tuhan, bakat semula jadi yang tidak ingin beliau sesiakan.
'Dari sudut itu, saya anggap diri saya beruntung,' ujarnya, berterus terang.

TOLAK TAWARAN KERJAYA STABIL

Di akhir Perkhidmatan Negara (NS), Encik Mohamed Salleh, yang berpangkat Leftenan, ditawarkan menyambung khidmatnya sepenuh masa.
Namun, beliau menolak tawaran itu kerana impiannya ialah menjadi menjadi seorang usahawan, bukan jeneral, katanya.
Keputusan itu kurang disenangi ibunya.
'Saya masih ingat kata-kata arwah emak: 'Kau ingat senang nak meniaga. Bapak kau 50 tahun meniaga, naik turun, naik turun, bila tidak ada meniaga, sakit perut. Apa yang dia tinggalkan, rumah ini saja'.
'Saya faham kenapa emak saya cakap begitu. Dia sudah lihat bapa saya bergelut dengan pasang surut perniagaan.
'Tapi saya tidak gentar dengan kesusahan. Saya sanggup mengharunginya,' ujar beliau.
Ternyata, Encik Mohamed Salleh bukan sahaja berjaya menempuhi masa-masa sukar, malah menjadikannya dorongan untuk berjaya.
Berbekalkan pengalaman kegagalan pertamanya, percubaan kedua beliau dalam perniagaan lebih berhasil.
Dalam masa dua tahun, pada 1976, Second Chance mempunyai tiga cawangan di Singapura.
Pada 1978, beliau menceburi bidang pakaian siap.
Ia menerima sambutan baik dan pada 1983, Encik Mohamed Salleh mula memfrancaiskan jenamanya, menjadikan Second Chance antara syarikat setempat pertama yang difrancais.
Dalam masa hanya lima tahun, Second Chance mempunyai 25 cawangan - 18 di Singapura dan tujuh di Malaysia.

SECOND CHANCE 'BERGOYANG'

Namun, setelah menerima anugerah usahawan Melayu terbaik pada 1988, sekali lagi Encik Mohamed Salleh berdepan dengan masalah.
Tiba-tiba perniagaannya merosot dengan mendadak, dan para pemilik francais mula runsing.
Encik Mohamed Salleh menerangkan Second Chance begitu popular sebelum itu kerana imej 'Baratnya' - hasil penggunaan iklan yang bijak.
Beliau berbelanja besar dengan menggunakan model 'orang putih' untuk memasarkan jenamanya. Bahkan, penggambaran bagi iklannya dihasilkan di Australia.
'Tapi selepas anugerah itu dan publisiti meluas yang saya terima, pengguna mula sedar Second Chance ini jenama setempat.
'Bukan itu saja, mereka melihatnya sebagai jenama fesyen untuk orang Melayu. Dari situ timbul masalah,' ujar beliau.

AMBIL LANGKAH PAHIT

Sejajar dengan fitrah Encik Mohamed Salleh yang realistik dan tidak gentar mengambil langkah sukar, beliau mula menutup cawangan-cawangan Second Chance demi mengelak kerugian yang lebih besar.
Menjelang 1992, kesemua cawangan Second Chance ditutup, kecuali empat di Singapura.
Daripada merungut dengan nasib yang menimpanya, Encik Mohamed Salleh sebaliknya melihat peluang yang terbuka.
Mencungkil kekuatan 'imej tidak sengaja' Second Chance sebagai fesyen Melayu, beliau mengambil keputuan menumpukan perhatian pada pasaran Melayu.
Pada November 1992, First Lady, butik pakaian wanita Melayu, dilancarkan.
Pada Disember 1993 pula, beliau membuka Golden Chance, kedai barang perhiasan emas.
Kini, First Lady mempunyai 41 cawangan di Singapura dan Malaysia, sementara Golden Chance terus mendahului saingan dalam pasaran barang perhiasan emas untuk pengguna Melayu.

HIDUP SEDERHANA

Apabila perniagaannya menghadapi masalah dahulu, ramai yang tampil membantu.
Beliau mendapat pinjaman wang daripada keluarga, termasuk isteri dan ibu mentuanya. Malah, ada juga jiran-jiran yang membantu.
'Saya terharu. Orang-orang ini sanggup berpisah dengan barang kemas dan wang ribuan dolar untuk membantu saya,' kata beliau, nadanya yang sentiasa lantang kini dipenuhi emosi.
Lantaran itulah, beliau gigih membantu usaha-usaha amal.
Sejak pembentukan Tabung Amal Aidilfitri (TAA) pada 1992, Second Chance telah menjadi penderma tetap dana itu dengan sumbangan $22,222 hampir setiap tahun - mencerminkan nilai peluang kedua yang dekat dengan hati Encik Salleh.
Beliau juga kerap mendermakan produk-produk Second Chance selain duduk dalam lembaga pengarah Temasek Cares - sebuah badan amal syarikat pelaburan pemerintah Temasek Holdings.
Menurut Encik Mohamed Salleh, sumbangannya kepada amal tidak seberapa. Malah, beliau rasakan ia tidak mencukupi.
Justeru, beliau telah mewasiatkan sepertiga hartanya kepada amal.
'Sesiapa sahaja yang telah mencapai kejayaan mahu menyumbang kepada masyarakat; saya tidak terkecuali.
'Saya gembira dapat membantu golongan yang memerlukan kerana saya dulu pun pernah hidup susah,' ujarnya.
Sejarah hidupnya yang penuh dengan onak dan duri itu membentuk pandangan beliau kepada kehidupan.
Beliau berpegang teguh pada prinsip kesederhanaan. Beliau tidak memiliki telefon bimbit dan tidak suka memakai jam tangan.
Malah, anak bongsunya, Encik Mohamed Amal, 24 tahun, yang kini mengurus First Lady di Malaysia, mendedahkan beliau dan tiga kakaknya tidak pernah dimanjakan dengan kesenangan.
Namun, anak sulung Encik Mohamed Salleh, Cik Nadia, 35 tahun, berkata bapanya tidak lokek kasih sayang.
'Sejak kami kecil, bapa mesti pulang untuk makan tengah hari dan makan malam bersama. Apabila dia ke luar negara untuk bisnes, dia akan bawa anak-anak.
'Jadi walaupun dia sibuk, kami tahu dia sentiasa tidak jauh daripada kami,' ujarnya.
Encik Mohamed Salleh akur keluarga adalah segala-galanya kerana tanpa mereka, kejayaan beliau 'tidak bermakna'.
'Saya bekerja keras selama ini pun untuk keluarga,' katanya.
Setelah hampir empat dekad bekerja keras, isterinya, Cik Maria, yang setia menyokong suaminya dalam masa-masa sukar dan senang, mengharapkan suaminya itu akhirnya berehat.
'Tapi saya tak rasa ini akan berlaku,' katanya, tersenyum lebar.
Jelas, Cik Maria sudah masak dengan sikap suaminya.
Kini, Encik Mohamed Salleh sibuk mengorak langkah membangunkan Second Chance menjadi sebuah syarikat bilion dolar dalam pemodalan pasaran menjelang 2022.
Namun, wang bukan lagi menjadi motivasinya, kata Encik Mohamed Salleh.
'Apa yang saya miliki lebih dari cukup. Saya tidak mahu lagi mengejar kekayaan.
'Susah untuk saya terangkan. Mungkin seperti pendaki gunung. Selepas menawan Everest, mereka mahu menawan gunung itu melalui laluan lain, yang lebih mencabar.
'Mungkin kerana setelah sekian lama, saya ketagih kepada cabaran bisnes ini. Atau mungkin saya mahu jadi yang terbaik, meninggalkan sebuah legasi,' ujarnya.

Ulasan saya di post seterusnya! :)

Cuti Sekolah Sayaaa :)

Hello rakan-rakan!

Saya kembali sekali untuk memritahu kesemua tentang cuti sekolah saya. Saya tidak melakukan banyak perkara semasa cuti sekolah, selain belajar dan menonton wayang bersama kawan-kawan saya. Saya telah banyak belajar kerana apabila cuti sekolah habis, saya telah menduduki peperiksaan Review Test (RT) selama seminggu. Saya belajar selama dua minggu terakhir cuti itu. Namun, pada permulaan cuti saya, saya telah keluar bersama kawan-kawan saya untuk menonton wayang 'X-Men: First Class' yang begitu seronok dan menakjubkan. Juga, saya telah keluar bersama kakak-kakak saya untuk menonton wayang 'Water for Elephants' yang sangat menyentuhkan perasaan saya. Juga, pelakon 'Robert Pattinson' berada di wayang itu yang berlakon dengan baik juga.

Kedua minggu terakhir saya belajar untuk peperiksaan Review Test yang baru sahaja dijalankan. Saya tidak keluar rumah banyak, dan saya rasa begitu tersangkar dalam rumah saya. Namun, dengan komputer dan kawan-kawan, saya dapat mengatasi cabaran untuk menumpukan perhatian sepenuh saya terhadap kesemua mata pelajaran dan saya rasa saya telah bekerja keras untuk peperiksaan ini. Saya harap keputusan saya akan memuaskan hati :)

bersama kawan-kawan saya dari VJC di "Ice Rink Kallang" :)

VIP CHALLENGE 2011!! (Cabaran VIP 2011)

Selamat datang ke blog saya sekali lagi :)

Hari ini, saya akan bercakap tentang pengalaman saya ke Indonesia untuk VIP Challenge 2011. Peristiwa ini saya tidak akan lupakan kerana ia sangat lucu :P

Pada mulanya, saya takut sekali untuk ke Indonesia! Saya khuatir tentang bahayanya mendaki bukit dan berenang di kolam terjun kerana saya tidak tahu bagaimana untuk berenang :( Namun, akhirnya saya dapat menakluki bukit itu hingga ke puncak dan tidak melakukan aktiviti berenang itu. Saya begitu bersyukur kerana tidak tercedera sedang melakukan perkara-perkara yang berbahaya itu.

Setelah itu, kami telah mencadang beberapa aktiviti untuk kanak-kanak di beberapa sekolah. Mereka berumur di antara 11-15 tahun dan mereka sangat baik hati!

Namun, pada hari ketiga, saya telah jatuh sakit dan sakit selama seluruh perjalanannya. Saya sangat sedih kerana tidak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti namun pengalaman itu saya tidak akan lupakan!

 kumpulan perkhemahan saya :)
kelas saya di luar tempat tidur kami :)

di puncak bukit :)

hampir-hampir naik kapal terbang!

saya dan kawan saya setelah semalam berkhemah! :)

Sunday, February 20, 2011

Artikel Cyberita!

Selamat datang ke blog saya sekali lagi :)

Saya telah membaca artikel di Cyberita tentang PM Italy di link ini: http://cyberita.asia1.com.sg/mluarnegara/story/0,6879,182405,00.html

Artikel ini ialah tentang PM Italy yang telah membayar beberapa wanita untuk melakukan hubungan seks. Saya rasa PM Italy seorang yang tidak memberi contoh kepada rakyat-rakyatnya dengan melakukan perkara begitu memalukan. Juga, hal ini telah menunjukkan rakyat Italy bahawa mereka harus memilih pemimpin yang bukan sahaja berkemampuan tetapi juga bertanggungjawab serta tidak melakukan perkara seperti begini!

Sunday, February 13, 2011

Azamku

Selamat pagi/tengah hari/malam kepada semua :)

Azam-azam saya pada tahun ini ialah untuk:
1. Melangsingkan badan dan makan makanan yang lebih berkhasiat (spt epal!)
2. Bekerja keras untuk mendapatkan iPhone :)
3. Saya ingin menjimatkan wang dan menyimpan sekurang-kurangnya $270 pada akhir tahun ini!
4. Mempelajari cara untuk bersepatu roda
5. Mempelajari cara untuk bersepatu roda di ais :)
6. Cuba memperbaik stamina untuk berlari 2.4km
7. Pergi ke luar negeri bersama kawan-kawan :)
8. Mempelajari cara untuk memasak
9. Mendapat ramai kawan di sekolah :)
10. Menyimpan keeratan persahabatan bersama rakan-rakan di sekolah lama saya.

Tiga azam saya akan terangkan dengan terperinci:
- Melangsingkan badan! - Saya rasa dengan melangsingkan badan saya akan menjadi lebih sihat dan dapat melakukan pelbagai sukan dengan lebih mudah.

- Menjimatkan wang - Menjimatkan wang merupakan suatu disiplin yang patut saya praktikkan supaya menjadi seorang yang lebih berdikari dan dapat menahan nafsu saya daripada berbelanja berlebihan.

- Mempelajari cara untuk memasak - Saya tidak akan mempunyai seorang pembantu dari bulan Julai tahun ini dan saya rasa saya seharusnya mengetahui cara memasak makanan untuk diri saya sendiri atau ahli keluarga saya.

Menyingkap sejarah tahun 2010 :) :)

Perkara yang paling menggembirakan saya ialah saya telah diberikan peluang untuk menjadi seorang pengawas sekolah yang dapat melakukan dan menganjurkan pelbagai acara untuk sekolah saya atau sekolah-sekolah lain :)

Perkara yang mengecewakan saya pula ialah saya tidak dapat memberikan perhatian penuh terhadap bidang akademik saya dan keputusan akhir tahun saya tidak begitu memuaskan. Saya telah pelajari untuk menjadi lebih fokus terhadap bidang akademik dan belajar mengurus masa saya dengan baik.

Saya juga rasa saya harus lebih fokus di dalam kelas dengan selalu bertanya solan jika tidak memahami sesuatu dan minum air jika saya rasa letih :)

Wednesday, February 9, 2011

Kenali saya! :)

Nama saya Anisah, dan saya dilahir pada 27 Jun 1996.
Saya mempunyai 4 kakak dan saya ialah seorang anak bongsu :)

Apakah saya gemari?
Buku-buku kisah seram, dan lain-lain lagi
Muzik Taylor Swift, yang telah baru sahaja menganjurkan konsert pada malam semalam
Filem Inception yang sangat mengelirukan tetapi akhirnya saya telah memahami
dan juga saya gemari subjek Matematik, serta negara Europah.

Idola saya ialah kakak saya kerana dia selalu bekerja keras dan tidak mudah berputus asa apabila melakukan perkara seperti belajar memasak dan sebagainya :)

5 perkara saya suka:
1. Membaca
2. Coklat!! (:
3. Muzik
4. Kawan-kawan
5. Keluarga

Dan juga 5 perkara saya tidak gemari:
1. Berjalan cepat :(
2. Melakukan perkara yang bertentang dengan prinsip saya
3. Belajar subjek kimia :(
4. Orang-orang yang selalu berharap kepada seseorang
5. Orang-orang yang tidak berfikirkan untuk diri sendiri

Kekuatan saya ialah saya seorang yang peramah! :) :) Sangat mudah untuk saya berkawan, dan saya juga seorang yang baik hati :) :)

Kelemahan saya ialah saya tidak senang fokus, mudah letih, tidak gemar tutur dalam Bahasa Melayu dan saya sering cepat marah.

Prisip hidup saya ialah untuk selalu mempercayai kebolehan diri sendiri! :)

Cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang doktor kanak-kanak :) :) :)
Dan terakir, pada tahun ini saya berazam untuk memperbaik Bahasa Melayu, melangsingkan badan dan mendapat keputusan akhir tahun yang cemerlang supaya mendapat iPhone! ;)